Sektor ICT ( Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT ) ialah salah satu sektor di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, manakala Unit ICT dan Pengkomputeran adalah salah satu Unit di bawah Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Kedah yang menguruskan hal ehwal berkaitan P&P berasaskan ICT di sekolah. Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT menguruskan maklumat pendidikan di peringkat negeri dan mengurus program ICT termasuk perolehan perkakasan, aplikasi, rangkaian, dan penyelenggaraan peralatan ICT di peringkat JPN dan PPD.