Soalan Lazim
  • Daftar
Bahasa Malaysia || Bahasa Inggeris

i. Peraturan 21 (1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menjelaskan pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian di dalam politik. Pegawai tidak boleh:

  1. membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada lisan atau bertulis, memberi pandangan yang berat sebelah atas perkara yang menjadi isu parti politik;
  2. menerbitkan atau mengedar buku, makalah atau risalah parti politik;
  3. merayu undi;
  4. menjadi ejen pilihanraya;
  5. bertanding apa-apa jawatan parti politik; dan
  6. memegang jawatan di dalam parti politik.

ii. Peraturan 21(2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menjelaskan Pegawai Kumpulan Pelaksana (Sokongan) boleh bertanding / memegang jawatan dalam parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada:

  1. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (bagi pegawai gunasama); dan
  2. Ketua Setiausaha Kementerian (bagi pegawai bukan gunasama)

      *Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1996  Perkhidmatan Gunasama Persekutuan ialah perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

iii.   Peraturan 21(2A), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menjelaskan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48, selain Pengetua atau Guru Besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang jawatan pentadbiran, boleh bertanding / memegang jawatan / dilantik ke dalam jawatan parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

           *Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2010 Institusi Pendidikan bermaksud sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG), English Language Teaching Centre (ELTC), kolej matrikulasi dan Institut Aminuddin Baki (IAB) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hubungi Kami

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Kompleks Pendidikan, Jln. Stadium,

05604 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel : 04-7404000 / Faks : 04-7404342

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh Kemaskini: 12 September 2019.

Statistik Pelawat

Hari ini 473

Minggu ini 2596

Bulan ini 9396

Keseluruhan 225759