Elaun murid khas sebanyak RM 150.00 sebulan ( mengikut tahun semasa )hanya akan dibayar kepada pelajar OKU di sekolah bantuan kerajaan sahaja. Pelajar tersebut juga perlu mempunyai Kad Kenal Diri OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. Buku bank bagi murid yang menerima elaun murid khas perlu disimpan oleh pihak sekolah. Ibu bapa dikehendaki mengisi borang permohonan mengeluarkan wang sebelum buku tersebut diserahkan untuk tujuan pengeluaran wang.