TADIKA adalah bermaksud sesuatu institusi pendidikan yang mengendalikan pendidikan prasekolah bagi 10 orang murid atau lebih yang berumur antara 4 – 6 tahun dengan menggunakan kurikulum pra sekolah kebangsaan dan TASKA adalah bermaksud Taman Asuhan Kanak-Kanak. Permohonan menubuhkan TADIKA adalah melalui Jabatan Pendidikan Negeri sementara TASKA adalah di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kohot umur Tadika 4 hingga 6 tahun dan Taska di bawah 4 tahun.