Soalan Lazim
  • Daftar
Bahasa Malaysia || Bahasa Inggeris
Soalan :       Adakah murid tanpa dokumen anak kepada salah seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan (bagi pasangan yang berkahwin secara sah megikut undang-undang Malaysia) ?
 Jawapan :    Murid ini boleh bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
 
Soalan :       Bagaimanakah proses permohonan murid tanpa dokumen anak kepada salah seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia untuk bersekolah ?
Jawapan :     Proses permohonan kemasukan kanak-kanak warganegara tanpa dokumen ke sekolah kerajaan/bantuan kerajaan hendaklah dibuat oleh ibu atau bapa/penjaga kanak-kanak sendiri melalui sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah di negeri pemohon.
 
  • Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan disertakan bersama-sama salinan kad pengenalan ibu atau bapa/penjaga.
  • Permohonan yang telah lengkap, hendaklah dihantar kepada Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah di negeri pemohon.
  • Pejabat Pendidikan Daerah akan mengeluarkan surat penempatan ke sekolah dengan serta merta kepada pemohon dan sesalinan kepada Sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.
 
Soalan :       Apakah borang yang diperlukan bagi murid tanpa dokumen anak kepada salah seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?
 Jawapan :     Borang yang diperlukan ialah Borang MWTD/SPI.1/2009 (Borang permohonan) dan Borang MWTD/PKK ( Borang pengesahan Ketua Kampung bahawa ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia).
 
Soalan :    Di manakah borang MWTD ini boleh diperolehi ?
Jawapan :   Borang MWTD ini boleh diperolehi dari sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berhampiran.
 
Soalan :       Apakah dokumen-dokumen lain yang diperlukan bersama borang permohonan bagi murid tanpa dokumen anak kepada salah seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?        
 Jawapan :     Dokume-dokumen yang diperlukan bagi murid tanpa dokumen anak yang salah seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia ialah;
  • Kad pengenalan ibu atau bapa yang warganegara Malaysia; dan
  • Mengemukakan surat pengesahan atau surat perakuan ( Borang MWTD/PKK ) daripada sama ada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pegawai Daerah, Penghulu, Ketua Kampung, Ketua Kaum atau Ketua Rumah Panjang tempat tinggal murid tersebut.
 
Soalan :       Bagaimana pula sekiranya kanak-kanak tanpa dokumen tersebut tidak mempunyai ibu bapa untuk mendaftar masuk ke sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?
Jawapan :    Bagi kanak-kanak tanpa dokumen yang tidak mempunyai ibu bapa tetapi tinggal dan dijaga oleh penjaga yang sah (nenek/datuk) – mereka tetap boleh bersekolah dengan mengisi borang permohonan dan mengemukakan sesalinan kad pengenalan penjaga.
 
Soalan :        Adakah kanak-kanak yang dijaga oleh Pusat Kebajikan atau Rumah Kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh diterima mendaftar masuk ke sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?
Jawapan :     Kanak-kanak yang dijaga oleh Pusat Kebajikan atau Rumah Kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh diterima bersekolah dengan syarat yang mengemukakan borang permohonan bersama Surat Kuasa Penjagaan kanak-kanak ini daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat Perintah Mahkamah bagi hak penjagaan dan sesalinan kad pengenalan pengurus/pengetua pusat sebagai penjaga yang sah.
 
Soalan :       Bolehkah kanak-kanak tanpa dokumen iaitu anak kepada ibu bapa yang bukan warganegara bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan ?
Jawapan :    Tidak boleh, kerana kebenaran ini hanya kepada kanak-kanak tanpa dokumen anak kepada salah seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia.
 
Soalan :       Apakah yang dimaksudkan dengan permohonan lengkap ?
Jawapan :    Permohonan yang lengkap mempunyai perkara-perkara berikut:-
 
  • Borang MWTD/SPI.1/2009 – borang permohonan.
  • Borang MWTD/PKK – Borang pengesahan /perakuan dari Ketua Kampung Kampung bahawa anak-anak tersebut adalah anak kepada Warganegara Malaysia.
  • Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Ibu atau bapa/penjaga.
 
Soalan :       Berapa lamakah tempoh yang diberikan kepada ibu bapa, eluarga atau penjaga murid ini untuk menguruskan dokumen pengenalan diri murid tanpa dokumen ini dengan Jabatan Pendaftaran Negara?
Jawapan :    Ibu bapa, keluarga atau penjaga murid ini diberikan tempoh selama 2 tahun untuk menguruskan dokumen pengenalan diri atau membuat permohonan status kewarganegaraan murid ini dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
 
Soalan :        Adakah ibu bapa, keluarga atau penjaga murid ini perlu mengemukakan permohonan status kewarganegaraan murid ini kepada Jabatan Pendidkan Negeri untuk pengekalan murid ini bersekolah ?
 Jawapan :     Ya perlu. Ibu bapa, keluarga atau penjaga murid ini perlu mengemukakan permohonan status terkini kewarganegaraan murid ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri setiap awal tahun (sewaktu memperbaharui bayaran fi ) untuk pengekalan murid ini bersekolah sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara.
 
Soalan :       Adakah murid ini boleh ditamatkan persekolahannya jika ibu bapa, kelaurga atau penjaga gagal mengemukakan permohonan status terkini kewarganegaraan murid ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri ?
 Jawapan :    Murid ini boleh dicadangkan untuk ditamatkan persekolahannya jika ibu bapa , keluarga atau penjaga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri atau status terkini permohonan kewarganegaraan murid ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri dalam tempoh 2 tahun tersebut.

Hubungi Kami

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Kompleks Pendidikan, Jln. Stadium,

05604 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel : 04-7404000 / Faks : 04-7404342

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh Kemaskini: 11 December 2019.

Statistik Pelawat

Hari ini 135

Minggu ini 4168

Bulan ini 9266

Keseluruhan 278674