Soalan Lazim
  • Daftar
Bahasa Malaysia || Bahasa Inggeris

Jawapan:

            Mengikut P.U.(A) 275/98: Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah ) 1998* mengikut  Peraturan 5 : Penerimaan masuk murid bukan warganegara ke sekolah, hendaklah murid tersebut :

  1. Anak kakitangan kedutaan asing
  2. Anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-mana tempat lain dengan permit kerja yang sah
  3. Anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia; atau
  4. Kanak-kanak yang dipilih oleh Kerajaan kanak-kanak itu untuk melanjutkan pelajarannya di Malaysia menurut mana-mana Memorandum Persefahaman atau Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negara Kanak-kanak itu

Sekiranya memenuhi syarat kelayakan tersebut dokumen-dokumen berikut diperlukan iaitu:

  1. a) Tiga  salinan surat kelahiran anak
  2. b) Tiga  salinan passport anak
  3. c) Tiga salinan passport ibu bapa/permit (Visa )masuk/sijil  warganegara ibu bapa
  4. d) Tiga salinan Dependant Pass ibu dan anak
  5. e) Tiga salinan surat pengesahan daripada majikan
  6. f) Dua salinan butir-butir persekolahan sebelumnya/surat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan  Negeri Kedah.

Hubungi Kami

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Kompleks Pendidikan, Jln. Stadium,

05604 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel : 04-7404000 / Faks : 04-7404342

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh Kemaskini: 17 November 2019.

Statistik Pelawat

Hari ini 3

Minggu ini 3

Bulan ini 10518

Keseluruhan 260111