Soalan Lazim
  • Daftar
Bahasa Malaysia || Bahasa Inggeris

Jawapan : Memasuki Tahun 1 (Tahun Satu ) adalah permulaan buat murid  Sekolah Rendah selepas tamatnya Prasekolah.  Pendaftaran murid ke Tahun 1 boleh dibuat mulai 1 Mac hingga 30 April setiap tahun bagi kanak-kanak yang telah mencapai umur 5 dan 6 tahun pada tahun semasa.

            Perhatian kepada ibu bapa atau penjaga ( warganegara Malaysia ) yang mempunyai anak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januaari 2013  boleh mendaftar untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2019. Manakala anak yang lahir 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014  boleh mendafar untuk kemasukan ke sesi persekolahan  tahun 2020.

Pendaftaran murid  Tahun 1 ambilan tahun 2019 dan 2020 boleh dilakukan mulai 1 Mac hingga 30 April  2018 ini.

Permohonan kemasukan murid Tahun 1 boleh dibuat secara atas talian ( online ) untuk sekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak oleh para ibu bapa atau penjaga. Walau bagaimanapun, jika menghadapi masalah talian mereka boleh hadir sendiri ( walk-in) ke sekolah berkenaan untuk mendaftar.      

Tuan-tuan dan puan –puan, borang permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 secara atas talian  (online ) boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian ( SPATKPM ) Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan https://public.moe.gov.my.

Hubungi Kami

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Kompleks Pendidikan, Jln. Stadium,

05604 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel : 04-7404000 / Faks : 04-7404342

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh Kemaskini: 17 November 2019.

Statistik Pelawat

Hari ini 643

Minggu ini 5135

Bulan ini 10475

Keseluruhan 260068