Soalan Lazim
  • Daftar
Bahasa Malaysia || Bahasa Inggeris

Pelaksanaan mata pelajaran SK berkuat kuasa mulai sesi persekolahan tahun 2017 bagi Tingkatan 4. Mata pelajaran SK merupakan kesinambungan mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) pada peringkat menengah rendah dan memberi fokus kepada pemikiran komputasional.

Mata pelajaran SK merupakan salah satu daripada 10 Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) yang telah ditambah baik dengan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah, dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing pada peringkat global.

Kurikulum SK digubal berdasarkan kompetensi yang merujuk kepada standard industri, badan profesional serta badan pensijilan kebangsaan dan antarabangsa. Ia juga menyediakan asas yang kukuh bagi murid melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama ke peringkat tertiari dan secara langsung menguasai kompetensi standard industri.

Modul PdP mata pelajaran SK boleh dimuat turun melalui laman rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK):

http://bpk.moe.gov.my/

àTerbitan BPKàBahan Sokongan Mata Pelajaran

Unit Bertanggungjawab  : UNIT ICT DAN PENGKOMPUTERAN

Hubungi Kami

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Kompleks Pendidikan, Jln. Stadium,

05604 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel : 04-7404000 / Faks : 04-7404342

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh Kemaskini: 12 September 2019.

Statistik Pelawat

Hari ini 469

Minggu ini 2592

Bulan ini 9392

Keseluruhan 225755