1. Unit Jaminan Kualiti
a) Memberi bimbingan berterusan untuk mengekalkan system kualiti pengurusan sekolah (Pengetua/Guru Besar) secara professional.
b) Mengekal dan meningkatkan kualiti kepimpinan instruksional.
c) Membudayakan perkongsian pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah bagi memperkasakan kepimpinan sekolah (Pengetua/Guru Besar) secara berterusan.
2. Unit Piawaian dan Dokumentasi
a) Menyelaraskan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dan lain-lain pekeliling yang berkaitan.
b) Merancang, menyelaraskan, membina dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia.
c) Menyelaraskan, pengumpulan, penyelenggaraan, pentadbiran, penyimpanan dan pengedaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi
d) Merancang, menyelaraskan dan melaksanakan audit dalam bagi seluruh proses kerja dalam organisasi.
e) Menjadi urus setia tetap mensyuarat pengurusan jabatan dan PPD.
3. Unit Inovasi
a) Menyelaraskan semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat organisasi / KPM / JPN / PPD.
b) Menyelaras pembudayaan inovasi dan kreativiti di oeringkat JPN / PPD.