Profil Jabatan
  • Daftar
Bahasa Malaysia || Bahasa Inggeris

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah merupakan organisasi yang bertanggungjawab memperbaiki mutu dan meningkatkan taraf pendidikan dalam negeri Kedah berasaskan keperluan pembangunan selaras dengan Falsafah Pendidikan dan Wawasan Pendidikan Negara. Diterajui oleh seorang pengarah dan didokong 10 sektor dengan setiap sektor diketuai oleh seorang ketua sektor. Diperingkat daerah perlaksanaan sistem penyampaian dan dasar pendidikan dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah diketuai seorang Pegawai Pendidikan Daerah. Selaku induk kepada kelangsungan dan kemajuan sistem pendidikan Negara, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sentiasa memastikan warga pendidikan seluruh negeri mematuhi dan melaksanakan sebarang dasar pendidikan menerusi kepimpinan sekolah.

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

MOTO

"PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG"

MATLAMAT

MELAHIRKAN BANGSA MALAYSIA YANG BERILMU, BERIMAN, BERAKHLAK MULIA, BERKETERAMPILAN, TAAT SETIA, BERSATU PADU DAN SEJAHTERA BAGI MEMENUHI KEHENDAK DAN KEPERLUAN NEGARA

ETIKA KERJA

MELAYAN SEGALA, PENUH MESRA
MENYELESAI SEGERA, BUDI BICARA
MENEPATI MASA, KUALITI DIPELIHARA
IKRAM BERSAUDARA, SEBULAT SUARA
IKHLAS BEKERJA, AMANAH DIJAGA
IMEJ KITA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA

TEMA

MEREALISASIKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Hubungi Kami

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Kompleks Pendidikan, Jln. Stadium,

05604 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel : 04-7404000 / Faks : 04-7404342

Emel : jpn.kedah[@]moe.gov.my

Statistik Pelawat

Hari ini 15

Minggu ini 474

Bulan ini 2097

Keseluruhan 3245