Prinsip Kerja
  • Daftar
Bahasa Malaysia || Bahasa Inggeris
X-PLUS
X – EXCELLENCE
Cemerlang bermaksud ‘go beyond’ yakni memenuhi kehendak yang tidak terungkap oleh pelanggan, menangani cabaran yang belum tiba dan melepasi rekod sedia ada. Cemerlang bermakna melepasi aras kualiti, melepasi pencapaian terbaik sebelum ini, mewujudkan aras pencapaian baharu untuk dikejar oleh pesaing.
 
P – PENGETAHUAN
Faktor utama produktiviti ialah maklumat dan pengetahuan. Cara bekerja, cara mengajar dan cara mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam era ini bukan lagi sesuatu yang rutin, berulang-ulang dan rigid, tetapi sarat dengan kepelbagaian cara dan gaya, tidak berulang-ulang, dan mencabar daya upaya setiap orang dalam menggunakan kebijaksanaan, budi bicara, penilaian dan pertimbangan.
 
L – LATIHAN
Latihan bermaksud belajar sepanjang hayat untuk mempertajamkan keupayaan melaksanakan tanggungjawab semasa dan mempersiap keupayaan untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar. Latihan bermakna bina upaya yang berterusan, bukan sekadar memenuhi ketetapan perkhidmatan. Latihan bererti bersedia berubah, bersedia untuk melaksanakan idea baharu, bersedia untuk menggunakan cara gaya baharu dalam menyempurnakan tanggungjawab, bersedia menjayakan transformasi.
 
U – USAHA
Usaha bermaksud ‘go extra mile’. Sedangkan ‘kerja’ bermaksud melaksanakan tugas sebagaimana yang ditetapkan atau diarahkan. Kerja mengutamakan kepatuhan kepada arahan. Usaha mengutamakan matlamat dan objektif. Ukuran kerja ialah kecekapan. Ukuran usaha ialah keberkesanan.
 
S – SEPASUKAN
Sepasukan bermaksud komited kepada nilai, visi, misi dan matlamat organisasi dan mengenepikan kepentingan diri dan perasaan peribadi. Bekerja sepasukan menuntut aplikasi kepimpinan pada setiap mata ramai tindakan. Ciri kepimpinan wajib sentiasa terpamer dan dipraktikkan oleh setiap orang. Bekerja sepasukan menuntut kehadiran altruism dalam pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan operasi. Altruism menjamin keakraban anggota pasukan kepada misi organisasi dan organisasi pula mampu menjana kesejahteraan kepada setiap anggota pasukan.

Hubungi Kami

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Kompleks Pendidikan, Jln. Stadium,

05604 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel : 04-7404000 / Faks : 04-7404342

Emel : jpn.kedah[@]moe.gov.my

Statistik Pelawat

Hari ini 15

Minggu ini 474

Bulan ini 2097

Keseluruhan 3245