Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Kami Warga Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman Dengan Penuh Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk:
-
Memastikan semua kanak-kanak dengan dokumen yang sah mendapat tempat belajar Tahun Satu (1) mengikut kohort umur di sekolah-sekolah bawah kawalan KPM mengikut pekeliling yang berkuatkuasa.
-
Memastikan proses pemilihan kemasukan murid ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) diselesaikan dalam tempoh dua puluh (20) hari bekerja
-
Kami berjanji akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab kami untuk memastikan pelanggan (PPD) mendapat dokumen, maklumat dan konsultasi berkaitan kurikulum dalam tempoh 14 hari bekerja.
-
Memastikan semua murid sekolah menengah dan Tahap 2 sekolah rendah terlibat dalam aktiviti 1 Murid 1 Sukan
-
Memastikan pendaftaran calon Peperiksaan Awam (SPM persendirian dan ulangan) diselesaikan dalam tempoh satu (1) hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima
-
Memastikan permohonan pendaftaran institusi pendidikan swasta dengan dokumen yang lengkap diselesaikan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
-
Menempatkan semua guru yang diluluskan permohonan pertukaran dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja
-
Memastikan agihan waran peruntukan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
-
Memastikan semua bayaran bil dan tuntutan yang lengkap dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan
-
Memastikan semua aduan bermaklumat lengkap diurus tadbir mengikut Prosedur Operasi Standard dan maklumbalas dikeluarkan dalam tempoh empat belas(14) hari bekerja
-
Memastikan semua klien yang memerlukan sesi kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar dan mempunyai Perakuan Amalan selaras dengan Akta Kaunselor 1998 ( Akta 580)