Pertukaran guru antara negeri/bahagian antara daerah dan dalam daerah bagi tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia
PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG SEDANG MEMANGKU GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI BAWAH URUSAN TAHUN 2017 PADA 18 DISEMBER 2017
INFO RASMI PEJABAT PENGARAH
Tawaran Permohonan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana dan Kedoktoran Tahun 2019
SENARAI NAMA PEMINJAM TEGAR PINJAMAN PELAJARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pelantikan dan pertukaran Pengetua2 dan Pegawai2 Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Pelantikan dan Pertukaran Pengurusan Tertinggi JPN Kedah
URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED TBBK GRED DG32 HINGGA DG54 JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2019
Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) mulai Januari hingga Jun 2019
Makluman Pertukaran dan Pelantikan Pengetua Baharu Negeri Kedah.
Pelantikan Pengetua baharu di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
1. MOHD NOOR’IN BIN AWANG Penolong Kanan Pentadbiran SMK SERI MAHAWANGSA, dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK SUNGAI TIANG. Tarikh kuatkuasa 13 Jan 2019
2. MOHD NOOR BIN SAAD Penolong Kanan Pentadbiran SMK JERLUN dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK SYED ABU BAKAR Baling. Tarikh kuatkuasa 02 Jan 2019.
Tahniah dan Syabas.
HAJI ISMAIL BIN OTHMAN Timbalan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. 28 Jan 2019
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa di universiti awam dalam negara dan luar negara.
Tawaran permohonan ini dibuka mulai 23.01.2019 hingga 06.02.2019 mulai jam 5.00 petang secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penawaran di https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.
Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan sistem e-Penawaran.
Pelantikan dan Pertukaran Pengurusan Tertinggi JPN Kedah
1. MALEK BIN ABU HASSAN,
Pengetua SM Sultan Abdul Halim Jitra bertukar sebagai Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Kedah.
2. HAJAH SITI AMINAH BINTI HAJI IBRAHIM, Pengetua SMK Paya Kemunting Jitra bertukar sebagai Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah.
3. WAN KHALIM BIN AHMAD Timbalan PPD Kubang Pasu dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah PENDANG.
4. HAJI MAHADIR BIN ISMAIL Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda dan Yan bertukar sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu.
5. HAJAH OMMI KALSOM BINTI HAJI IBRAHIM Pegawai SIP Partners, Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Bharu ditukarkan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda dan Yan.
Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2018 di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syarat-syarat dan kelayakan asas adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia.
Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018.
Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
Lulus Bahasa Inggeris.
Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
Permohonan dibuka bermula pada 13 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018. Layari https://pismp.moe.gov.my untuk permohonan dan keterangan lanjut.
Permohonan Masuk Ke Pusat Kokurikulum Negeri Kedah Tahun 2019 Bagi Aktiviti Perkhemahan Dan Pendidikan Luar Dibuka Pada 1 Oktober Hingga 31 Oktober 2018
Permohonan Masuk Ke Pusat Kokurikulum Negeri Kedah Tahun 2019 Bagi Aktiviti Perkhemahan Dan Pendidikan Luar Dibuka Pada 1 Oktober Hingga 31 Oktober 2018
Permohonan Hendaklah Dikemukakan Melalui Emel Pusat Kokurikulum Negeri Kedah
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Kepada Penolong Pengarah Kanan Pusat Kokurikulum Negeri Kedah
*Mohon Nyatakan Maklumat Berikut di Surat Permohonan :-
Permohonan Masuk Ke Pusat Kokurikulum Negeri Kedah Tahun 2019 Bagi Aktiviti Perkhemahan Dan Pendidikan Luar Dibuka Pada 1 Oktober Hingga 31 Oktober 2018